Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala

Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim.

Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?"

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Najib telah berulang kali menafikan spekulasi bahawa beliau di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan bekas anggota polis Cawangan Khas menarik balik akuan bersumpah pertamanya Julai tahun lalu dan pertemuan seterusnya beliau dengannya selepas muncul semula daripada persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Balasubramaniam di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.


- malaysiakini.com

Husam tidak mahu jadi MB Kelantan

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi menteri besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi menteri besar kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai timbalan menteri besar dan timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, timbalan menteri besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down syndrome di Kampung Becah Keranji dekat Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya satu hingga tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Kelantan berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Katanya, beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas kedua-dua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam.

- malaysiakini.com

Takiyuddin Hassan dilantik Penolong Setiausaha Agung PAS


KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

AMARAN LEKUKAN TROPIKA DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH) Di keluarkan pada 8.00 malam 24/11/2009


AMARAN LEKUKAN TROPIKA DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)
Di keluarkan pada 8.00 malam 24/11/2009

Lekukan tropika berkedudukan di 6.3 Utara, 106.4 Timur, 380 km ke timur-timur laut Kuala Terengganu, dengan kelajuan angin maksimum sehingga 45 kmsj. Lekukan tropika ini dijangka hampir pegun dan akan mengakibatkan hujan lebat dari semasa ke semasa berserta angin langkisau mencapai sehingga 65 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan dan Terengganu sehingga 28 November 2009.
Laut bergelora dan ombak tinggi sehingga 4.5 meter dijangka di perairan Kelantan dan Terengganu sehingga 28 Nov. 2009.


HEAVY RAINFALL AND TROPICAL DEPRESSION WARNING (RED CATEGORY)
Issued at 8:00 pm 24/11/2009

Tropical depression located at 6.3 North, 106.4 East, approximately 380 km east-northeast of Kuala Terengganu, with maximum wind speed up to 45 kmph. This tropical depression is expected to remain quasi-stationary and heavy rain from time to time with strong gusting winds up to 65 kmph are expected over waters off Kelantan and Terengganu until 28 November 2009.
Rough seas and high waves up to 4.5 metres is expected over the coastal waters off Kelantan and Terengganu until 28 Nov. 2009

semoga allah lindungi kami dari malapetaka

Nasha alami kejang otot


Pemeriksaan perubatan mendapati Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengalami gejala kejang otot di sebelah kanan badannya, dari bahagian bahunya ke pinggang.

Ketika dikunjungi Malaysiakini di wad rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, beliau yang masih bergantung kepada pil penahan sakit hanya berkata:

"Tiada apa-apa yang serius."

Tambahnya, walaupun mengalami kesesakan nafas semalam – antara tanda-tanda sakit jantung – pemeriksaan pakar mendapati beliau bebas daripada penyakit yang mengancam nyawa itu.

Nasharuddin, ahli parlimen Bachok, berkata doktor membenarkannya keluar dari institut perubatan itu esok pagi.

Katanya, lapan tahun lalu, beliau pernah mengalami kesakitan yang sama sebanyak dua kali.

Beliau berkata, selain ramai pemimpin PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut hadir menziarahinya malam tadi.

Ketika Malaysiakini melangkah masuk ke bilik Nasharuddin kira-kira jam 10.15 pagi tadi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim turut berada di situ.

Menceritakan detik-detik cemas pagi semalam, pada waktu itu beliau berada di rumahnya. Selepas mandi, beliau berasa sesak nafas dan kejang otot sebelum bersiap-siap ke Dewan Rakyat.

"Selepas itu saya duduk selama setengah jam, dan apabila kurang sedikit (rasa sakit) saya pergi ke Parlimen. Kemudian di Parlimen, saya rasa sakit kembali.

"Lalu, saya pergi ke klinik di Parlimen, dan selepas memeriksa, mereka terus merujuk kepada IJN," katanya yang temui selama setengah jam.

Tambahnya, beliau menerima banyak SMS daripada rakan-rakan di dalam dan luar negeri yang bertanyakan tentang kesihatannya.

Ada SMS yang sempat dibalas dan ada yang tidak sempat, katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan punca rasa sesak nafas kerana kurang rehat dan kurang tidur.

"Ahli politik mana yang tidak letih?" katanya, sambil ketawa.

Dengan nada ceria, beliau menceritakan terdapat beberapa ahli PAS yang menziarahinya malam tadi membelikan masakan ayam kampung dan makan bersama-samanya di situ.

Nasharuddin mengambil keputusan berehat di rumah minggu ini sebelum menyambung tugasnya di Dewan Rakyat minggu depan.

Beliau adalah ahli parlimen PAS yang kedua dimasukkan ke IJN selepas ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam tempoh beberapa bulan mutakhir.

Satu sumber IJN menjelaskan, ahli parlimen itu tidak mengadapi "apa-apa masalah" dan "tidak ada yang membimbangkan".

- malaysiakini.com

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya,  seorang  pekerja kelas ("hamba abdi") kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam".

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan  (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1.    Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DAN KEJAM.

2.    Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong "melencong" beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an  "Lawatan Sambil Belajar"TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3.    MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi  ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI  jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan "KEADILAN .. PEMBELAAN"

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN



Banjir Semakin Buruk Di Kelantan


 

Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

Daripada 970 keluarga dipindahkan hari ini, Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi seramai 2,008 orang dan jajahan itu termasuk kawasan Rantau Panjang, bandar zon bebas cukai berdekatan sempadan Thailand, yang terjejas teruk dalam banjir gelombang kedua sehingga ditenggelami air sedalam dua meter.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata Kuala Krai pula merekodkan jumlah mangsa seramai 885 orang, Tumpat (438 orang), Tanah Merah (333 orang), Kota Baharu (63 orang) dan Machang (60 orang).

"Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Tangga Krai dan Jambatan Guillemard mencatatkan atas paras bahaya, manakala Sungai Galas berada di paras berjaga-jaga dan Sungai Lebir berada di paras amaran," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak 21 jalan ditutup untuk semua kenderaan melibatkan enam jajahan antaranya di

  • Gua Musang di Jalan masuk Aring 8 dan 9 di Kilometer 15
  • Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan kilometer empat
  • Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai
  • Machang Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata
  • Pasir Puteh, Jalan Semerak kilometer 11

Jurucakap itu berkata di Pasir Mas, lapan jalan ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu KM8.8 dan KM8; Jalan Pengkalan Rakit KM3; Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang KM24; Pasir Mas-Meranti KM7; Pasir Mas-Lebuh Raya Rantau Panjang (cabang empat banggol kulim) KM22 dan Pohon Tanjung Meranti KM10.

Bagi Tanah Merah, jalan yang ditutup semua kenderaan adalah Jalan Tanah Merah Kursial-Kampung Ipoh KM6.7 dan KM6.5 dan Jalan Kampung Pepuyu KM8 manakala di Tumpat ialah Jalan Pohon Tanjung Pasir Pekan; Jalan Cabang Empat-Kampung Jambu-Meranti KM6 dan Jalan Keselamatan Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Menurutnya setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

sumber: TheMalaysianInsider



Iklan Jawatan Kosong di PMBK ..Lawak jer, Jgn Percaya!!!

Dikehendaki segera: di PMBK - Perbadanan (Keluarga) Menteri Besar Kelantan

pegawai perhubungan khas : (Ganti Kickdefella yang telah kami PECAT dengan cara memalukan)
Driver - janji ikut cakap CEO walau haprak
Kerani am - --- janji CUN walau tak tahu buat kerja.yang buleh edit minit mesyuarat jadi cun,perfect walau hampeh cam txxik
Setiausaha sulit dan tak sulit --- janji CUN walau tak tahu buat kerja
Blogger Pencacai - asalkan sanggup jadi pencacai CEO/Bos besar...Yes Bos
pelajar praktikal yang cun...errmmm.buleh buat kekasih gelapku dalam Ofis..
akauntan : akauntan yang failed math ok jer..yang buleh cantikkan akaun bank skim tabung kifalah yang ZERO!!!


gaji :bisa diurus...kelate kaya beb..apa nak.ado belako..ini menantu tok guru punya compeni la beb

semuanya dengan syarat :

- ada pertalian darah dengan menteri besar kelantan/ menantu menteri besar kelantan
- kawan-kawan kepada saudara mara menteri besar kelantan/ menantu menteri besar kelantan
- menantu-menantu kepada saudara mara menteri besar kelantan/ menantu menteri besar kelantan
- kroni kepada kawan kawan kepada kawan kawan saudara mara menteri besar kelantan / menantu menteri besar kelantan

KEY wordnya : tok guru suruh saya jumpa menantu tok guru (bos) pmbk (sebut nama ni kat pak guard bila datang interview..konform lepas,kecut perut pak guard tuh)

sila hadir di temuduga di tapak projek Bandar Baru Tunjong yang tak tahu bila nak siap (TERBENGKALAI)

sertailah PMBK - Perbadanan (Keluarga) Menteri Besar Kelantan demi masa depan anda yang gemilang, cemerlang + temberang.

posting ini hanya santai saja, tidak ada kene mengena dgn yg maish hidup atau yg telah lama hidup....

Husam letak jawatan?


Husam letak jawatan?

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

"Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

"Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

"Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

"Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

"Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).

"Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya.


- Utusan Online

Ramai Pimpinan Perasan Bahawa Mereka Adalah "Superman"..!


Ini adalah sindrom penyakit yang sudah lama bersarang dalam kepala hotak pimpinan UMNO/Beer eNd dan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-12, penyakit ini sedikit demi sedikit nampaknya dah berjangkit dan meresap kedalam jiwa sebahagian pimpinan Pakatan Rakyat pula.

Bukan susah untuk mengenalpasti mereka-mereka dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang dijangkiti penyakit ini, cukup dengan membaca kenyataan-kenyataan "angkuh" dan "bodoh-sombong" mereka. contohnya kenyataan-kenyataan gila pimpinan Pakatan Rakyat yang didalamnya "berbau tahi" UMNO/Beer eNd.

Kebanyakan mereka-mereka ini diakhirnya menjadi "punching bag" akar-umbi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (ahli parti dan bukan ahli parti) dan tak ketinggalan juga para media termasuk bloggers yang membentuk apa yang kita panggil "3rd voice".

Apa Itu "3rd Voice"?

Dalam komuniti penyokong-penyokong dan pendokong-pendokong Pakatan Rakyat, majoriti darinya ialah mereka-mereka yang berada dalam landasan "none partisme" atau dalam bahasa MeLAYUnya ialah tidak berparti. golongan ini menyokong Pakatan Rakyat bukan kerana "taksub" atau berminat pada mana-mana parti sebaliknya sokongan golongan ini adalah "solid" atas nama "ideologi" atau "perjuangan".

Dalam jiwa golongan ini tersemat pegangan yang sama iaitu -

  • "aku tak peduli siapa nama pemimpin itu atau apa bangsanya, yang aku peduli ialah "ideologi"nya dan juga "perjuangan"nya yang seiring dengan kehendak rakyat. kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekalipun mengkhianati suruhan agama, kehendak rakyat dan norma-norma "demokrasi", maka tempatnya ialah dalam karungan guni yang bakal dihanguskan dalam bakaran terakhir pada PRU-13 nanti..!"
Senang cerita, geng-geng "3rd voice" ni dia tak kira siapa korang, selagi korang buat benda betul, support memang "solid", "bulat" tapi kalau "serong"... ambik la habuan kau... buta-buta jadi "punching bag" la...

Tamat bab penerangan "apa itu 3rd voice".

Realiti

Kenyataan diatas ialah realiti dan dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, ada yang tidak menyangka bahawa gelombang seperti ini akan wujud dari kalangan pro Pakatan Rakyat sendiri

Dan apa yang berlaku seterusnya ialah pada ketika mereka berjaya menang tanpa disangka-sangka pada PRU-12 yang lalu, mereka merasakan bahawa "aku adalah superman" dan selepas dinobat sebagai "seseorang" dikawasan masing-masing, mereka mula merangka-rangka strategi-strategi bodoh yang pada mereka adalah yang "terbaik untuk rakyat".

Kau Bukan "Superman"..!

Para pimpinan "Superman" ini mula lupa bahawa kemenangan mereka pada PRU-12 tempohari bukan kerana mereka adalah "Superman", mereka-mereka ini tidak pun memakai seluar ketat berwarna biru dan juga seluar dalam merah diluar semasa berkempen untuk PRU-12 tempohari. tidak juga mereka ini bersayap merah kesana-sini semasa berkempen.

Aku juga dapat sahkan bahawa tiada diantara pimpinan "Superman" ini ada waktu-waktunya memakai cermin mata dengan rambut berkilat belah tepi dan ada ketikanya muncul tanpa cermin mata dan "remos" ala-ala ekor khinzir..! tiada..!

Eh... korang tak sedar ke yang korang tu bukan "Superman..!"

Penyokong "Taksub Membuta Tuli"

Dikalangan penyokong Pakatan Rakyat pun dah ada yang kelihatan dah jadi "Extremist" parti dan juga dijangkiti penyakit "Taksub".
  • "Jangan tegur kesalahan pimpinan. kalau ada yang buat salah, kita tegur ikut "prosedur", kalau boleh kita cuba "cover" jangan bagi public tahu pimpinan-pimpinan ini buat benda silap demi untuk "menjaga nama baik parti".
Itu kata "Extremist" dan "Taksubist" dan komen ringkas aku untuk geng-geng ini berbunyi begini -
  • Khak Ptuih...!!!
Tegur ikut "prosedur"..? HELLoooooo...!!! apa prosedur tegur-menegur bagi pro Pakatan Rakyat yang bukan ahli mana-mana parti..? tegur masa konvensyen..? boleh jalan la..! masuk jadi "pemerhati" boleh, nak bersuara - mintak maaf... bukan aku tak pernah pergi mana-mana konvensyen Pakatan Rakyat... dah selalu dah. jadi "pemerhati"... perhati je la dari jauh...

Paling BANGANG, suara-suara yang mintak kita "cover" mana-mana pimpinan yang buat kerja "serong". cadangan kelas 1 yang boleh disertai dengan anugerah "otak paling biskut" dan juga piala "Penjahanam Pakatan Rakyat".

Itu yang selama ini berlaku dalam Parti Junub UMNO/Beer eNd yang selama ini kita tentang tapi tiba-tiba ada pulak malaun dalam Pakatan Rakyat yang cuba nak pakai startegi yang sama "kununnya" demi "perpaduan" Pakatan Rakyat.

Hahaha...!!! "Perpaduan"..? oi bastard..! "Perpaduan" tu modal lama UMNO/Beer eNd selalu pakai bila ada masalah dalaman. tu bukan nak selesai masalah, tu nak "peram" masalah bawah "karpet" (teringat pulak aku dekat "carpet man Bik Mama"), ini idea bijak tahap lembu untuk membiakkan anai-anai perosak dalam Pakatan Rakyat.

Tamat bab penyokong "Taksub" dan balik semula pada "Pimpinan Perasan Superman".

Agenda Perpaduan "MeLAYU"

Pimpinan yang aku label sebagai geng "Superman" ni kebanyakannya seronok buat benda-benda bodoh yang majoriti pro Pakatan Rakyat tak setuju. yang paling aku tak tahan sekali bila ada antara mereka ni, sebok dok rancang strategi "Perpaduan".

Ada jugak suara-suara sumbang yang dalam diam, memainkan isu "MeLAYU" padahal faktor perjuangan Pakatan Rakyat yang paling disambut oleh segenap lapisan masyarakat bukanlah MeLAYU sebaliknya "Bangsa Malaysia" - Hak Kesamarataan. itu yang sepatutnya difokuskan dan bukannya 1-1 bangsa sahaja.

Gilanya yang dok bersumbang-sumbang isu MeLAYU itu ialah yang datang dari parti PAS yang terang-terang dasar perjuangan mereka bukanlah perjuangan bangsa sebaliknya berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah dan semua kita sedia maklum bahawa didalam Al-Qur'an dan Sunnah, tidak ada perjuangan bangsa.

Disisi Allah semua makhluk ciptaan-Nya yang bergelar manusia adalah sama tak kira apa warna kulit, jantina atau agama... yang membezakan kita hanyalah amalan kita.
  • Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) - Al-Qur'an (Al-Hujaraat(13)).
Sepatutnya, agenda inilah yang perlu diteruskan. bukan agenda "bangsa". ramai antara kita terlupa atau tak perasan bahawa pada 1 masa nanti, semua bangsa didunia yang ada ketika ini akan hilang ditelan masa melalui perkahwinan campur. siapa dapat jamin 100 tahun lagi genetik MeLAYU yang ada pada tahun 2109 masih sama dengan genetik MeLAYU pada tahun 2009..?

Siapa dapat sahkan bahawa genetik Arab pada zaman Rasulullah dahulu sama dengan genetik Arab pada zaman ini..? kalau nak cakap "ada unsur yang sama" memang aku percaya tapi kalau nak cakap 100% sama, jauh la...

Bangunlah Wahai "Superman" Atau Kami Akan Hantar "Kryptonite" Untuk Kamu..!

Jadi untuk pimpinan-pimpinan yang dikiaskan dekat atas tadi, bangunlah... balik pada perjuangan asal seperti yang kamu pegang dan sebut-sebut diatas pentas ceramah sebelum PRU-12 dahulu. majoriti rakyat memilih kamu semasa PRU-12 dahulu bukan sebab kamu adalah "Superman", tetapi kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kamu mampu untuk membawa suara majoriti rakyat dan merealisasikan kehendak majoriti rakyat yang selama ini dipinggirkan oleh pimpinan terdahulu.

Untuk ahli-ahli parti yang aku labelkan sebagai "Extremist" dan juga "Taksubist", sedarlah dari mimpi-mimpi indah kamu. parti kamu masing-masing berjaya bukan kerana "pimpinan" semata-mata. realitinya ialah kemenangan itu bukan kerana "pimpinan" atau "parti" sebaliknya kerana "undi" dari rakyat Malaysia.

Korang ingat kalau pengundi-pengundi yang bukan ahli mana-mana parti boikot PRU-13 nanti Pakatan Rakyat ada can untuk menang ke..? sorry la beb..! yang tu kenyataan kan..?

Kalau korang rasa korang "Superman", korang anggap sahaja para pengundi sebagai "Kryptonite". ancaman utama mana-mana parti politik sebenarnya ialah "pengundi". ingat...!!! Beer eNd hilang majoriti dalam PRU-12 sebab pengundi, PAS kalah di Bagan Pinang sebab pengundi.

Pengundi Adalah "Kryptonite"

Pengundi bagi aku adalah "Kryptonite"... majoriti mereka adalah orang-orang yang "marah". bila mereka marah, mereka akan menghukum dengan cara yang "salah"... aku tak suka Beer eNd jadi aku "pangkah" Pakatan Rakyat. cara yang "unik" untuk melepas geram. tak suka Beer eNd tapi "pangkah" Pakatan Rakyat. hahaha...!!!

Kepada para pimpinan yang ada rasa-rasa "aku adalah Superman", ubahlah diri masing-masing. balik pada landasan perjuangan yang asal. jangan cuba mencipta perjuangan atau agenda diri sendiri sebab adanya pemimpin adalah kerana rakyat dan jatuhnya pemimpin, juga adalah kerana rakyat..! korang bukan hebat sangat pun...

Mana-mana agenda korang yang ditolak tu, eloklah jangan diteruskan. kalau rasa nak teruskan jugak, boleh blah dari Pakatan Rakyat dan tindakan itu sangat-sangat dialu-alukan. sikit pun kami tak rasa rugi buat masa ni kalau mana-mana kerusi Pakatan Rakyat beralih kepada kerusi bebas atau UMNO/Beer eNd baik dengan cara lompat atau PRK. pada aku "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". lu fikir la sendiri..!

Yang pastinya, website ini tidak akan menyokong mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat baik daripada PAS, PKR ataupun DAP yang dilihat cuba mengkhianati perjuangan dan amanah majoriti pro Pakatan Rakyat dan pengundi-pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-12.

Terimalah semua kritikan demi untuk masa depan Pakatan Rakyat.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" - "Kalau takut pada risiko, usah bicara tentang perjuangan..!"


--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat®

- aku sokong 1000%

Krisis PMBK: Cari Lubang Yang Betul Sebelum Terjun...



Sebetulnya saya tidak berminat untuk mengulas apa-apa hal pun yang berkaitan dengan krisis dalaman Kerajaan PAS Kelantan atau lebih tepatnya krisis PMBK sejak dari awal lagi. tetapi pada tahap ini, saya tidak dapat lagi menahan jari dan keinginan saya untuk mengulas sedikit sebanyak dan meluahkan pendirian saya dalam hal ini.


Saya mengenali nama-nama yang disebut secara langsung dan juga yang terlibat dalam mempertahankan mereka-mereka yang "dinamakan" sebagai "geng jahat" dan juga "geng baik" didalam krisis PMBK sejak berakhirnya PRU-12 kebanyakannya secara kebetulan.

Maklumlah, blogger-blogger "kokak" macam kami tiada tempat dalam dunia mereka-mereka yang "mahsyur".

Pada saya pula, mengenali nama-nama yang disebut secara dekat adalah satu peluang untuk memahami diri masing-masing. kita selalu mendengar berbagai cerita keburukan sipolan-sipolan sekadar dari mulut ke mulut dan biasanya yang rajin bercerita ini ialah mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan sipolan-sipolan.

Lumrah manusia, lebih berminat bercerita keburukan sipolan-sipolan bila bersembang dan itu adalah normal bagi mana-mana manusia bergelar "insan". naluri untuk bercerita datang kerana sebenarnya ingin meluah perasaan tidak puas hati.

Bila kenal secara langsung, baru kita tahu, bagaimana sebenarnya sipolan-sipolan yang pada awalnya kita hanya kenal "keburukannya" sahaja. itu lumrah. sebab itu ada pepatah - "tak kenal maka tak cinta" (ini bukan pepatah untuk kalangan yang berminat pada hubungan sejenis..!).

Balik pada isu pokok, krisis dalaman PMBK.

Saya mula mendapat maklumat adanya krisis di Kelantan sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh dari seorang kenalan di Kelantan melalui sembang YM (sayang ketika itu saya yang tak pandai IT ni tak tau bahawa semua komunikasi YM blh disave, kalau saya tau, dah lama saya save untuk dipublish pada hari ini).

Pada ketika saya berada di Perak dan berada bersama geng-geng BloggersNetwork@Perak, ada saya ceritakan "khabar" tersebut kepada sahabat-sahabat di Perak dan kebanyakan dari kami tidak percaya akan "khabar" tersebut.

"Khabar" tersebut akhirnya tamat disitu sahaja tetapi saya masih curiga dengan penyampai tersebut tetapi saya juga tidak berminat untuk menyiasat kesahihannya pada ketika itu lantaran ingin fokus pada tajuk utama ketika itu iaitu Krisis Perlembagaan Perak.

Walaubagai manapun, setiap kali saya pulang ke Kelantan, pasti saya akan mendapat berbagai berita yang berlainan "kisahnya" dari rakan-rakan di Kelantan. saya masih terfikir, siapakah "mastermind" dalam permainan ini..?

Masih juga saya mengambil pendirian untuk tidak masuk campur atau mengulasnya dalam tulisan-tulisan saya kerana pada ketika itu saya masih tidak yakin untuk mengulasnya seperti hari ini. maklumat pada ketika itu masih kabur tetapi seimbang... ada pro dan ada kontra. kedua-dua pihak baik dan kedua-dua pihak jahat. itu kata hati saya.

Saya tertarik dengan "hentaman" salah seorang rakan yang cenderung mempertahankan salah seorang yang saya kenal pasti sebagai antara "mastermind" dalam krisis ini dan "hentaman" tersebut bagi saya bersifat "pembunuhan karektor"...

Saya berada 1 kapal dengan Syeikh sewaktu kami menyertai Ekspidisi Royalti Minyak: Pelantar Cakrewala dan sepanjang masa saya dan juga Syeikh berada diatas dek atas kapal yang kami naiki, berpanas berhujan diatas sana hanya berselimut langit.

Demi Allah saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa Syeikh juga menunaikan solat seperti muslim yang lain. tidak ada cacat cela tertib ketika Syeikh bersolat dalam keadaan duduk antara 2 sujud sepertimana anak-anak kapal yang lain bersolat. saya yakin peserta-peserta yang lain juga nampak Syeikh menunaikan solat ketika itu dan tuduhan bahawa dahi Syeikh tidak pernah mencecah sejadah adalah 1 tuduhan yang jahat.

Banyak serangan-serangan pada mereka-mereka yang namanya disebut sebagai "geng jahat" dalam krisis PMBK dinyatakan secara semborono sebenarnya dan pada ketika ini, saya tidak berminat untuk mempertahankan mana-mana individu berkaitan kecuali satu sahaja iaitu tuduhan terhadap Syeikh seperti yang saya jelaskan diatas.

Lain-lain persoalan, saya biarkan menjadi tanda-tanya dan biarkan ianya tergantung. bukan nak sembunyikan apa-apa, tapi biarlah mereka-mereka yang saya fikir "tersalah haluan" mencari sendiri kebenarannya dan sekiranya apa yang anda temui, berlainan dari apa yang anda dapat sebelumnya, rasanya masih belum terlambat untuk membuat pembetulan.

Aku agak kecewa jugak bila aku perhatikan nama-nama besar dalam dunia cyber terpedaya dengan "pemaklum-pemaklum" dan aku tak salahkan rakan-rakan cyber aku sebab aku cukup-cukup faham situasi. bukan mudah nak tolak "maklumat" yang datang dari orang yang "paling rapat" dengan TGNA kan..?

Teringat pulak aku bilamana Hasan Ali pun guna "kaedah" yang sama... sikit-sikit Sultan nak, sikit-sikit Sultan nak... yang ni pulak, sikit-sikit TGNA nak, sikit-sikit TGNA nak...

Dulu aku pernah jugak hampir terpedaya dengan "kaedah" macam tu... tapi bila aku fikir balik lojiknya - kalau apa yang kau cakap tu cukup kuat dan berfakta, kenapa masih nak bersandar pada satu nama yang hebat..? Ezam pun pernah guna "kaedah" ni jugak masa dia dalam PKR dulu...

Fikir-fikirkan...

Ada kawan bertanya pandangan aku dalam krisis PMBK ni dan aku jelaskan secara mudah tapi agak panjang. pada aku, lebih baik aku jatuhkan sorang individu yang masih muda dan punya masa depan yang banyak untuk belajar dari kesilapan dan pengalaman naik turun dunia daripada aku jatuhkan seorang yang kita tahu dia memang terbukti telah berjaya sebagai seorang pemimpin.

Secara jelas tanpa berselindung. lebih baik aku selamatkan sebuah Kerajaan daripada aku selamatkan seorang individu. untuk menyelamatkan sebuah Kerajaan, aku perlu undurkan atau bahasa kasarnya "jatuhkan" Ariffahmi. hujah aku mudah. jika Ariff berundur dari PMBK, TGNA dan PAS Kelantan boleh saja seperti biasa menguruskan pentadbiran negeri Kelantan seperti biasa.

Lebih lama Ariff berada dalam PMBK, lebih banyak masalah akan datang dari musuh-musuh yang selama ini laparkan isu untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. masa keemasan akan tergadai dengan berbagai gangguan dan "persepsi" (lagi-lagi persepsi) pemerhati..? faham-fahamlah...

Jadi apa langkah rakan-rakan seterusnya..? masih mahu menjadi "tembok" yang mempertahankan UMNO..?

Salam Perjuangan...

"Berkata Benarlah Walaupun Pahit"


-- Topeng Perak® Unmasked at  Perisik Rakyat®

Misteri...kenapa PI Bala Masih Takut...Kes Altantuya masih belum selesai!!!

Dalam bahagian keempat wawancara misteri dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Malaysia Today, dia menceritakan kesukaran yang dihadapinya apabila dipaksa tinggal di luar negara.

Balasubramaniam - individu kontroversi berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu - juga mendedahkan, dia pulang ke Malaysia beberapa kali tahun ini tanpa melalui pemeriksaan imigresen.

Di bawah adalah petikan wawancara tersebut:

Mengapa kamu tidak memberitahu mereka perkara sebenarnya mengenai cara akuan bersumpah kedua dibuat memandangkan anggota keluarga anda berada bersama anda dan mereka semuanya dalam keadaan selamat?

Saya masih lagi dalam keadaan keliru dan masih bimbangkan keselamatan keluarga saya. Saya dimaklumkan bahawa Deepak ada hubungan yang amat berpengaruh, terutama selepas pertemuan dengan seorang Datuk VIP Melayu di The Curve beberapa malam sebelumnya dan nasihatnya masih segar di kepala saya.

Saya juga hairan mengenai hubungan Deepak itu kerana dia nampaknya boleh menganjurkan sesuatu di negara-negara berlainan dan malah telah meminta seorang wanita Thai memohon visa India kami di Bangkok.

Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi saya rasa perlu mendengar nasihat mereka sehingga saya dapat berfikir dengan lebih jelas kerana saya perlu mengambil kira keluarga kerana saya tidak mahu apa-apa berlaku kepada mereka.

Saya dan keluarga juga sedang berada di negara asing tanpa sumber kewangan.

Adakah kamu menghubungi sesiapa selepas itu?

A. Ya, ASP Suresh menghubungi saya dari KL dan menasihat saya supaya berpindah hotel agar pegawai polis dari KL tidak dapat mengesan saya lagi sekiranya mereka perlu mengambil kenyataan lanjut.

Dia juga memberitahu saya supaya menghubungi anak saudara saya di KL dan memintanya berhenti bercakap dengan media dan jangan mengadakan lagi protes nyalaan lilin kerana tindakan itu membuatkan Deepak berasa tidak senang. Saya kemudiannya menghubungi anak saudara saya itu dan memintanya berhenti menjalankan aktiviti-aktivi tersebut dan dia bersetuju (lihat video di sini:)

Adakah kamu berpindah hotel?

Ya, kami berpindah ke Hotel Beverly Hills. Semasa kami di hotel baru itulah saya menerima berita daripada Rajesh bahawa visa kami tidak sempat disiapkan kerana ia memerlukan tempoh sekurang-kurangnya lima hari bekerja untuk diproses.

Deepak kemudiannya meminta seorang pengurup wang, yang dikenalinya, membayar 100,000 Baht untuk perbelanjaan saya. Saya kemudiannya menunggu arahan selanjutnya di hotel tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu?

Pada kira-kira jam 2.30 petang 11 Julai, Rajesh menghubungi saya dan meminta ke lapangan terbang untuk mengutip e-tiket yang telah ditempahnya untuk saya dan keluarga berlepas ke Kathmandu, jadi kami bersiap dan pergi ke lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun, bila kami sampai di lapangan terbang, Rajesh menghubungi saya dan memberitahu bahawa penerbangan hanya akan berlepas jam 10 pagi keesokannya. Kami kemudiannya menaiki teksi balik semula ke bandar dan menginap di hotel lain.

Keesokan paginya kami pergi semula ke lapangan terbang, mengutip tiket kami dan terbang dengan pesat Thai Airways ke Kathmandu.

Apa berlaku bila kamu mendarat di Kathmandu?

Kami disambut di lapangan terbang oleh seorang wakil dari Hotel Yak & Yeti yang membawa kami ke hotel tersebut.

Apa perlunya anda ke Kathmandu?

Sebelum kami boleh masuk ke India, kami perlu memohon visa yang kami gagal perolehi di Bangkok.

ASP Suresh memberitahu saya bahawa Deepak tidak mahu lagi kami berada di Bangkok kerana polis sudah tahu yang kami berada di sana dan itulah sebabnya dia mahu kamu berlepas ke Kathmandu supaya dapat memohon visa kami di sana.

Berapa lama kamu berada di Kathmandu?


Kami membuat permohonan visa kami di Kedutaan India di Kathmandu. Selepas kami memperolehi visa untuk tempoh sebulan berada di India, kami berlepas dari Kathmandu ke New Delhi. Tarikhnya 22 Julai. Kami tinggal kira-kira 10 hari di Kathmandu.

Berapa lama kamu berada di Delhi

Kami tinggal di sebuah hotel di Delhi selama dua malam sebelum terbang ke Madurai untuk ke Madras.

Bagaimana kamu dapat melanjutkan tempoh visa satu bulan itu?

Visa kami tamat pada 21 Ogos 2008. Orang Deepak telah berjanji untuk mendapat lanjutan tempoh selama setahun untuk kami tetapi tidak jadi apa-apa. Jadi saya terpaksa mendapatkan sendiri lanjutan sebulan untuk saya dan keluarga saya sehingga 20 September 2008.

Saya kemudiannya menghantar isteri dan anak-anak pulang ke KL untuk tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut tanpa pengetahuan Deepak.

Saya terus tinggal di Madras dan mencuba untuk melanjutkan tempoh visa saya. Ejen Deepak yang dikenali sebagai Kumar cuba membantu saya tetapi selepas 5 bulan ia belum berhasil. Saya mengadu mengenainya kepada Deepak dan ASP Suresh ketika mereka datang melawat saya di Chennai. Deepak memanggil Kumar yang memulang pasport kepada saya bersama sijil sakit, dengan berkata saya tidak boleh keluar dari negara ini disebab satu penyakit yang saya hidapi. Ini terpaksa dilakukan kerana saya berada di India secara haram kerana tempoh visa saya sudah tamat.

Saya kemudiannya meminta bantuan bapa saudara isteri saya yang merupakan exco negeri bagi daerah Karaikal. Dia berjaya mendapatkan lanjutan tempoh bagi visa saya sehingga 5 September 2009.

Adakah kamu ada pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tersebut.

Ya, saya pulang beberapa kali untuk menyelesaikan beberapa urusan peribadi saya. Setiap kali saya pulang, saya masuk melalui Thailand di sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam dan keluar semula melalui cara yang sama. Saya tidak melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.

Saya tidak menghubungi sesiapa setiap kali saya pulang kerana saya takut Deepak dapat tahu. Satu-satunya orang yang tahu saya pulang ke Malaysia ialah ASP Suresh tetapi dia tidak beritahu pada Deepak. Dia marah dengan saya kerana membiarkan isteri dan anak-anak saya pulang ke Malaysia, tetapi saya menjelaskan kepadanya bahawa anak-anak saya perlu bersekolah dan mereka tidak dapat masuk sekolah di Chennai.

Setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya tinggal dengan isteri saya dan ibu mertua saya di Segambut.

Di mana isteri kamu tinggal selama dia berada di Malaysia?

Dia tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut dan dapat menyekolahkan anak-anak saya di sebuah sekolah di Sentul. Dia (isterinya) pernah datang ke Chennai beberapa kali bersama anak-anak untuk menemui saya.

Di mana isteri dan anak-anak kamu sekarang?

Mereka kini berada di Chennai. Saya dapat memasukkan dua anak besar saya di sebuah sekolah di sana. Isteri saya mungkin akan pulang ke KL supaya anak lelaki bongsu saya dapat bersekolah di sana. Saya perlu tinggal bersama dua anak saya di Chennai.

Bolehkah kamu ingat tarikh-tarikh anda pulang ke Malaysia?

A. Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh tersebut, saya menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi. Dia sangat bimbang saya pulang ke Malaysia dan meminta saya balik semula ke Chennai dengan segera. Dia memberi amaran kepada saya bahawa nyawa saya dalam bahaya jika saya tinggal lebih lama.

Kali kedua saya pulang ke Malaysia ialah dari 11.04.2009 hingga 02.05.2009.

Kali ketiga saya pulang ke malaysia ialah pada akhir Julai 2009.

Apa yang kamu buat bila pulang pada akhir bulan Julai?

A. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi peguam saya Americk Sidhu dan menjelaskan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku kepada saya sepanjang tempoh satu tahun lalu kerana saya tidak gembira dengan keadaan yang sedang saya lalui kin


- malaysiakini.com.

PKR Kuala Krai Dibubar..?


 

KUALA KRAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krai semalam secara rasmi dibubarkan apabila Pemangku Ketua Bahagian bersama Ahli Jawatankuasanya termasuk Ketua Pemuda, Naib Ketua Wanita dan empat Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

Pembubaran itu secara langsung menyebabkan Kelab Penyokong PAS Parlimen Kuala Krai turut ditutup memandangkan apabila saf kepimpinannya yang rata-rata terdiri daripada orang yang sama turut meletakkan jawatan.

Pemangku Ketua PKR Kuala Krai, M. Amavasay berkata, tindakan itu diambil selepas mereka hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri dan PKR kerana gagal memperjuangkan nasib kaum India di negeri ini terutama di Parlimen ini.

Menurutnya, beliau percaya kesemua ahli PKR di bahagian ini yang kini berjumlah seramai kira-kira 1,500 orang akan turut me-ngikut jejak langkah kepimpinan bahagian itu. "Saya sebagai Ketua Kelab Penyokong PAS Kelantan dan Ketua Bahagian PKR telah menerima banyak aduan daripada rakyat di Parlimen ini tetapi tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

  • "Sebagai contoh, masalah tanah, kuil, tapak rumah, kubur dan kebajikan kaum India di sini diabaikan malah kami seperti anak tiri sedangkan sebelum pilihan raya umum mereka memberikan pelbagai janji".
  • "PKR di sini ibarat parti nombor dua, ia berpunca daripada pembahagian kerusi pada pilihan raya umum lalu dan sejak dari itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil dari PKR, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria jadi wakil rakyat nombor dua yang tidak dapat membantu ahli PKR,"
Katanya pada sidang akhbar di Kampung Baru Keroh di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pemuda PKR Kuala Krai, K. Jeganathan; bekas ADUN Mengkebang, Azizzuddin Hussein dan wakil MIC Kelantan yang juga Pengerusi MIC Pasir Gajah, K. Krishnan.

Turut hadir Pengerusi Penaja Parti Makkal Sakhti Kelantan, A. Bathmanathan bersama kira-kira 50 ahli PKR Bahagian Kuala Krai. PKR bahagian ini mem-punyai kira-kira 1,500 ahli dengan tujuh cawangan iaitu lima mewakili kaum India manakala dua lagi cawa-ngan mewakili Melayu.

Amavasy berkata, beliau telah berkhidmat sebagai Penghulu Tanpa Mukim (Wakil Kaum) Parlimen Kuala Krai yang dilantik oleh kerajaan negeri selama 14 tahun tetapi tidak ada satu permohonan yang dibuat oleh pihaknya diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
  • "Kira-kira 10 bulan yang lalu saya telah digantung daripada jawatan ini tanpa sebarang sebab atau alasan walaupun telah bertemu dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman serta kepimpinan PKR negeri ini".
  • "Lebih baik Barisan Nasional (BN), tidak memerintah pun tetap memberikan sumbangan kepada kaum India tetapi selepas berbelas tahun saya jadi penghulu tidak ada satu pun sumbangan diberikan oleh Kerajaan Negeri".
Katanya. Ditanya hala tuju bekas ahli PKR terbabit, beliau berkata, terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti tetapi mesti di bawah payung BN. Sementara itu, Jeganathan berkata, selepas 20 tahun memerintah, Pas tidak melakukan sebarang perubahan atau memberikan sumbangan kepada penduduk kaum India di negeri ini.
  • "Kita menghadapi pelbagai masalah tetapi tidak seorang wakil Kerajaan Negeri pun ambil tahu, sebagai contoh tidak pernah sekali pun wakil Kerajaan Negeri melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Pasir Gajah, ini adalah satu-satunya SJK Tamil di negeri ini".
  • "Dulu ketika pilihan raya janji hendak memberikan tanah dan tapak rumah kepada 100 orang India tetapi sehingga sekarang tidak ada, tetapi dengar khabar orang Melayu dapat".
Amawasay berkata, PKR Kelantan ada juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan tapak kuil disebabkan rumah ibadat sedia ada telah dirobohkan untuk didirikan sekolah.
  • "Kita telah mendapat pampasan daripada Kerajaan Pusat tetapi apabila kita memohon tanah untuk membina kuil tidak diluluskan".
  • "Penduduk India di sini memerlukan sebuah kuil disebabkan kuil yang lain terletak jauh di kawasan ladang-ladang, begitu juga dengan masalah tanah perkuburan".
Menurutnya, mesej yang ingin disampaikan kepada kaum India lain di seluruh negara ialah jangan tertipu dengan dakyah pakatan pembangkang yang hanya manis dibibir.

TPU - Itu berita yang dilaporkan didalam akhbar Sinar Harian Timur. kebetulan pulak aku berada di Kelantan pada 17 & 18 November dan aku juga telah dihubungi oleh seseorang dari Pejabat ADUN Guchil untuk penjelasan.

Penjelasan - Kesahihan laporan PKR Kuala Krai dibubarkan adalah sama sekali tidak benar..!

Menurut M. Amarvasay (Pemangku Ketua Cabang Kuala Krai) ahli PKR yang terbaru adalah seramai 1500 orang sedangkan ahli PKR Kuala Krai adalah seramai 641 orang SAHAJA dan 90 orang dari mereka ialah kaum India.

Sebelum ini, mereka ini adalah daripada Kelab Penyokong PAS sebelum PKR Kuala Krai di tubuhkan. Mereka ini telah dilantik ahli Majlis Daerah Kuala Krai, Penghulu Tanpa Mukim dan peserta Ladang Rakyat. Selepas PRU-12 dan PRK-PRK mereka tidak terlibat dalam kempen dari segi tenaga atau wang ringgit.

Tugas-tugas parti di serahkan secara sukarela oleh Timbalan Ketua Bahagian kepada Naib Ketua iaitu Sdr. Mohd Ariffin Ali. Begitu juga tugas Ketua AMK diserahkan kepada Timbalan Ketua AMK iaitu Mohd Zuki Bin Mat Lik.

Berhubung dengan apa yang dinyatakan didalam laporan diatas, isu kuil tersebut sebenarnya telah lama selesai dimana, kuil tersebut telah di beri semasa zaman Penyelia DUN Guchil Hj. Mohd Razali Bin Abdullah.

Kerajaan Negeri telah meluluskan tapak di Daskoh iaitu sebelah Pejabat RISDA yang kini sedang dalam pembinaan...

Apa yang kita tahu setalat ini melalui sumber terdekat, Mustafa Mohammad telah menjanjikan dana berjumlah RM100.000 bagi mana-mana cawangan Makkal Sakhti yang berjaya mengumpul keahlian yang mencecah 2500 orang.

Kemungkinan besar tindakan M.Amarvasay adalah kerana "imbuhan" yang menarik yang kemungkinan telah ditawarkan kepada beliau.

Betapa terdesaknya UMNO sekarang dan seperti biasa, "IMBUHAN" adalah tawaran terbaik untuk membeli "manusia" yang semakin tiada harga diri.

- Perisik Rakyat®

Salah tidak salah bukan Umno yang tentukan


Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz tidak bersalah: Nazri". Mungkin orang-orang PAS seronok sangat. Nanti sat.

Salah tak salah bukan Umno yang tentukan. Bukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang tentukan. Salah atau tak salah kena balik pada prinsip.

Pada prinsipnya, salah atau tak salah ditentukan oleh undang-undang dan peraturan. Soal undang-undang yang ada kuasa di Malaysia hari ini ialah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, itu saya tak bincang. Tetapi saya terpaksa akui, banyak takrif kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia di Malaysia pada hari ini yang boleh diterima. Takrif, bukan hukuman. Nak buat lagu mana, nak pakai undang-undang Islam Umno tak bagi. Bila PAS nak gubal Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan, Umno menyelap dan histeria mengalahkan syaitan.

Saya tak cuba nak kata salah atau tak salah. Bukan saya yang tentukan salah atau tak salah. Allah s.w.t. yang menentukan. Tetapi, saya hanya nak ajak balik pada prinsip. Saya ulang lagi, pada prinsipnya, salah atau tak salah ditentukan oleh undang-undang dan peraturan.

Kalau hari ini kita seronok sangat Nazri kata Tok Guru tak salah dan kita iktiraf "penghakiman" Nazri, bagaimana kalau nanti dia kata Kelantan tak berhak dapat royalti minyak? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dah kata gitu. Nazri sendiri pun dah meratib-ratib apa yang boss dia cakap.

Saya nak tanya lagi, kalau nanti Nazri kata kerajaan Kelantan tak berhak dapat bayaran tunai royalti minyak, adakah kita nak raikan juga "penghakiman"nya seperti yang dilakukan oleh beberapa kawan-kawan sekarang?

Habis takat tu cerita tu. Berikut cerita lain pulak.

Sejak sebelum PAS menang besar di Kelantan pada tahun 1990 lagi, saya sampai tak larat nak dengar para pemimpin PAS cakap tentang konsep parti menguasai kerajaan. Memang kena buat macam tu.

Memang la masa nak sedap nak buat, ramai yang berlagak dan kata ini hak kerajaan negeri, bukan urusan parti. Tetapi bila disiat-siat oleh Umno yang lapar isu nak debik PAS, parti jugak yang kena jawab. Banyak kali dah berlaku macam tu.

Saya bagi contoh, bila timbul isu Ariffahmi (soal dia salah tak salah bukan urusan saya kerana yang saya tekankan ialah mengenai persepsi), hampa ingat Tok Guru sorang ja atau kerajaan Kelantan ja yang kena jawab? Kalau hampa tak dengar, saya dah dengat cerita seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang diperli oleh seorang bekas Adun MCA di airport. "Mau ceramah apa lagi?" sindir apek tu. Termonyeh-monyeh Mamat yang kena perli tu.

Saya juga jumpa seorang lagi pemimpin PAS yang kerdot muka dia. "Pi kenuri, orang pakat dok kepung tanya (isu di Kelantan)," katanya (maklumat ni bukan maklumat dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat. Saya dah janji, kalau saya terdengar maklumat sedemikian masa pemimpin PAS Pusat tengah telefon ka atau bersembang sesama sendiri ka, saya tak akan tulis dalam blog ini. Bukan pasai saya baik sangat. Saya tak tahan witch hunting - sapa bocorkan maklumat kepada bakaq?)

Dengan contoh di atas, saya tetap percaya kepada konsep parti menguasai kerajaan.

Saya tulis perkara ni sebab saya terjumpa berita Malay Mail bertajuk "Kelantan Pas operates independently" (benda ni kami dah rungutkan sejak tahun 1990 lagi - PAS Kelantan macam ada autonomi, kata salah seorang kawan yang merungut). Benda tu tak bagus.

Nak tanya sikit, masa PAS perintah Terengganu dulu, hampa tak pernah dengar ka orang kata "Terengganu Pas operates independently"? Saya selalu dengar. Selepas menang dalam pilihan raya umum dulu, hampa tak pernah dengar orang kata "Perak Pas (or Perak MB?) operates independently"? La ni, hampa tak pernah dengar orang kata betapa bagak dan angkuhnya "Kedah MB operates independently"?

Elok ka macam tu?

- Penarik Beca

Betul ke menantu tok guru memang Ir.(jurutera bertauliah)


YABrs Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman
Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan

sumber  rujukan : http://www.pmbk.gov.my/article.php?ArticleID=2175


http://www.bem.org.my/v3/professional.html

apabila disemak dalam web Board of Engineers Malaysia (BEM) - http://www.bem.org.my/v3/professional.html


keputusannya : No match found!

tapi, kalau macam dato seri ir nizar..ada

hishh, musykil aku...cuba korang check

Manohara Tidak Pernah Didera, Kata Saksi

KOTA BHARU, 15 November 2009: Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Ahad diberitahu wanita itu tidak pernah didera suaminya itu.
Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar berkata adalah tidak benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera suaminya.

"Tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara. Kalau ada mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya," kata Tengku Azwani, 26, yang juga sepupu Tengku Muhammad Fakhry.

Beliau rapat dengan sepupunya dan Manohara serta beliau melihat hubungan kedua-dua pasangan itu adalah baik dan mesra, katanya sambil menjelaskan rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari rumah sepupunya itu.
Tengku Azwani berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Yusof Awang pada perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara kembali taat kepada suaminya, semasa menjawab soalan peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, sama ada benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera oleh suaminya.

Bagaimanapun, Manohara yang telah kembali ke Indonesia tidak hadir di mahkamah hari ini dan begitu juga tiada peguam syarie yang mewakilinya.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar afidavit keterangan bertulis Tengku Muhammad Fakhry bagi perbicaraan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.
Hakim Syarie Mohd Yusof menetapkan 13 Disember bagi keputusan tuntutan kes taat kembali kepada suami dan tuntutan hutang itu.

Pada Jumaat lepas, Tengku Muhammad Fakhry, 31, menyerahkan afidavit keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur bagi dua kes saman terhadap isterinya, Manohara yang mengandungi soalan dan jawapan bagi menggantikan soalan utama terhadap plaintif pada perbicaraan pada Ahad.
Pada 3 November, peguam syarie kepada Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya dalam kedua-dua kes tersebut.

Dua hari selepas penarikan diri peguam syarie terbabit, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina dikenakan penghakiman ingkar setelah gagal melantik peguam baru dalam kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Sivil di sini. BERNAMA


Kickdefella Dedaj : Siapa Ariffahmi (Menantu Tok Guru), Tauke Teng, Nudin Awang dan George Michael!!!

Bagi yang sudah baca apa yang Rocky Bru tulis, apa kata kita naik beca dan perlahan-lahan memahami istilah kronisme bersama Bakaq Haq.

Di dalam dunia  junjungan kita Muhammad s.a.w tidak ada balak. Tetapi tidak pula saya dengar orang-orang alim bercerita bahawa junjungan kita menganugerahkan ladang kurma klon atau projek kambing dan unta Kerajaan Islam Madinah yang bernilai berjuta-juta dinar dan dirham kepada saudara maranya. Mungkin sebab tidak wujud projek-projek sedemikian.

Yang ada ialah pembahagian harta rampasan perang, hamba dan tawanan perang dan balu-balu korban perang.

Yang ada ialah pembahagian tugas untuk mengetuai bala tentera ke medan perang atau menyebarkan syiar Islam ke 'hostile territories'. Tugas-tugas yang kalau diserah pada kita hari ini, tak ramai yang bersedia menerimanya.

Tiada siapa akan pertikaikan jika Ariffahmi di beri pangkat dan anugerah jika Nik Aziz sudah tiada. Seperti terangkatnya para Khalifah dari kalangan sahabat terdekat yang juga bapa mertua dan menantu Rasullullah s.a.w.

Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri.  Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru.

Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.

Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu.

Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin.

Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.

Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.

Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.

Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.

UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.

Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas.

Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini.

Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal  dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.

Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.

Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah.

Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael. Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut. Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya.

Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?


- Kickdefella.

Ariffahmi CEO PMBK, persepsi selalu nombor satu!

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz batal hasrat ke tanah suci," Harakahdaily hari ini melaporkan, Tok Guru tidak menyatakan mengapa beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini. Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS itu menyatakan, beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianati (lihat juga berita Malaysiakini hari ini "Nik Aziz batal ke Mekah selepas tajaan dipertikai").

Kalau saya antara yang memfitnah dan mengkhianati Tok Guru, saya memohon maaf. Harap sangat memaafkan saya.

Tetapi, yang lebih penting dari itu, tindakan Tok Guru itu sedikit sebanyak telah berjaya membersihkan imejnya. Saya harap posting saya bertajuk "Persepsi selalu nombor satu, Tok Guru" pada 9/5/08 dahulu boleh dianggap relevan terhadap apa yang berlaku kini. Saya juga berharap sangat, tindakan Tok Guru itu dapat memperbaiki persepsi terhadapnya.

Saya tidak tuduh persepsi terhadap Tok Guru telah calar. Tetapi sekurang-kurangnya ia telah dicalar-calarkan.

Kalau benar Nordin yang taja pakej RM65,000 itu, saya tau hubungan Tok Guru dengan Din macam hubungan ayah dan anak. Sejak sebelum menjadi Menteri Besar pada 1990 lagi, saya anggap hubungan Tok Guru dengan Din sangat akrab. Tak ramai orang yang saya dengar panggil Ayah Ziz (dalam slang Kelantan la) kepada Tok Guru.

Kepada saya, Din adalah kawan saya. Dia tak pernah sakitkan hati saya.

Sebelum tahun 1990 dulu juga, saya tahu tak ramai orang berani pukul dinding rumah Tok Guru dan panggil "Ayah Ziz, Ayah Ziz" bila dia bawa orang nak jumpa Tok Guru. Selepas Tok Guru jadi Menteri Besar pun, lebih kurang begitu jugalah perangai dia.

Barangkali, sebab itulah ada orang yang panggil dia Din Tebolah. Saya pun panggil Din Tebolah (harap maklum, ejaan dan cara orang Kelantan sebut dengan slang depa tak sama). Saya mohon maaf kalau Din tak suka dipanggil begitu. Tetapi, tebolah pun, Din tak pernah sakitkan hati saya.

Tak ramai orang tau Din sanggup berhabis masa dan tenaga kepada Ayah Ziz dia dan para pemimpin PAS lain ketika dia tak kaya dulu. Saya tau. Dan, bila dia dah berniaga dan kaya, dia masih berebut berkelahi dengan orang nak jadi drebar Tok Guru. Oleh kerana dia dah jenis berhabis masa dan tenaga untuk Tok Guru dan para pemimpin PAS lain ketika dia tak kaya, saya tak heran kalau dia nak berhabis duit pulak bila dia dah kaya.

Walaupun Din baik, takkan Tok Guru tak tahu dua kelemahan Din yang saya yakin Tok Guru anggap macam anak dia sendiri. Pertama, Din orang berniaga. Walau macam ayah dengan anak sekalipun hubungan Tok Guru dengan Din, orang yang tak tau tetap melihat hubungan tersebut sebagai hubungan peniaga dengan penjawat awam.

Bila Tok Guru jadi penjawat awam, kedudukan Din sebagai peniaga boleh menjadi liabiliti jika diukur dari segi persepsi. Saya sebut sekali lagi, persepsi.

Kelemahan Din yang kedua ialah dia ramah terlajak.

Ramah terlajak pun kadang-kadang boleh mengakibatkan benda-benda yang kita tak seronok dari segi persepsi.

Ramai orang tahu, Din rajin menolong. Walaupun saya tak dak jawatan apa pun, tetapi kalau saya telefon dia dan minta seribu dua, saya berani kata gerenti dapat. Tetapi saya tak berani walaupun saya tengah sesak sangat. Saya tak berani sebab dia peramah sangat.

Saya nak sambung lagi bab persepsi ni. Kalau menantu Tok Guru betul sayang mertua dia, dia kena berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Saya tak tuduh dia buat apa-apa kesalahan. Tetapi, tindakan itu penting untuk memperbaiki persepsi terhadap Tok Guru dan PAS.

Saya tak kenal Abdul Ariffahmi Abd Rahman. Walaupun pernah dua tiga kali terserempak dengan dia, saya tidak pernah cuba untuk mendekati dia. Nak cuba bersalam pun tidak. Tetapi, orang kata dia adalah seorang jurutera yang bertaraf jurutera professional. Saya tak tahu, itu orang kata. Tetapi, sekurang-kurangnya beliau seorang jurutera. Maknanya, dia dan keluarganya tak akan mati tak makan atau miskin macam saya kalau dia meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK.

Tolonglah faham, persepsi selalu nombor satu!a

- http://penarikbeca.blogspot.com

Dedah Salah Laku UMNO/BN : Projek Perhutanan Semula di Selangor Gagal Kutip RM800 juta !!!

SHAH ALAM, 13 Nov - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menggunakan peruntukan sekysen 2c untuk mendedahkan 1 lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan Projek Perhutanan Semula oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan pendedahan kedua Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya 4 projek perhutanan semula di beberapa kawasan hutan simpan di Selangor sekitar 2001 hingga 2007.

Seluas 10,000 hektar kawasan hutan simpan terbabit dalam projek perhutanan semula ini ialah Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang (Fasa I) dan Hutan Simpan Sungai Jeloh dan Bukit Belata (Fasa II).

Bagaimanapun, hasil keuntungan program tersebut sebanyak 800 juta ringgit dalam tempoh 20 tahun gagal diperolehi kerajaan negeri.

"Sejumlah lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka dan hutan di Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Hutan Simpan Jeloh dan Bukit Belata dan syarikat-syarikat yang telah diberikan hutan ini. Mengikut kenyataan kerajaan sebelum ini dia dah janji nak bagi hutan kepada orang tersebut pada tahun 2001 kenyataannya yang dibuat oleh Khir Bin Toyo dikatakan PKPS dijangka mendapat keuntungan RM800 juta dan berdasarkan hasil kayu balak dan pulangan yang diterima daripada pajakan tanah dan royalti", jelas Tan Sri Khalid semasa mendedahkan dokumen projek perhutanan semula di Selangor.

Beliau berkata demikian menambah projek perhutanan ini berlaku sejak 10 tahun lalu dikepalai mantan Menteri Besar, Datuk Khir Toyo.

Katanya lagi, 4 projek perhutanan terbabit melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan memajakkan tanah konsesinya kepada beberapa syarikat selama 25 hingga 50 tahun.

Tan Sri Khalid berkata, projek Khir Toyo ini juga turut mengusahakan taman herba untuk tujuan pharmaceutical manakala projek perhutanan semula pula diusahakan dengan tanaman bernilai komersil iaitu pokok getah dan teakwood.

"Dia nak gantikan hutan ni dengan pokok getah dan setengahnya pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah, jadi benih getah tu umpamanya daripada this study, kalau Guthrie buat benih getah, harga 2 ringgit, tapi dia dapat benih getah harga 25 ringgit", katanya lagi.

Dalam fasa I, didapati semua penjanjian antara syarikat pemajak dan PKPS adalah berat sebelah apabila tanggungjawab diletakkan ke atas PKPS manakala margin keuntungan pula rendah.

Antara 7 syarikat yang terbabit dalam Fasa I ialah Shrader Forest Management Sdn Bhd, Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn Bhd, Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd, Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd, Syarikat Eco Murni Sdn Bhd, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd.

Bagi Fasa II pula, sebanyak 4 syarikat terbabit iaitu Meigrand Sdn Bhd, Sim Swee Hin Sdn Bhd, Aliran Angsana Sdn Bhd dan Kinta Istimewa Sdn Bhd. -

- http://www.selangorkini.com.my/my/berita/7260

PI Bala Menjelma.. Najib Gelabah Tak?

Youtube Pengakuan PI Bala :


Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.

(MerdekaReview)